Tahanan Palestin ditangkap semula selepas beberapa jam dibebaskan

BAITULMAQDIS, 25 Feb 2019 — Tentera penjajah Zionis semalam menangkap semula bekas tahanan Palestin, Abdulrahman Khalil Mahmoud, hanya beberapa jam selepas beliau dibebaskan dari penjara Gurun Naqab.

Tentera Zionis menyerang rombongan yang membawa Abdulrahman pulang ke Jericho, dan menangkap beliau bersama seorang adiknya.

Abdulrahman, 38, dibebaskan semalam selepas dikurung selama 17 tahun, dengan syarat tidak kembali ke rumahnya di kejiranan al-Isawiya di Baitulmaqdis Timur, untuk tempoh selama tiga hari.

Beliau ditangkap pada bulan Februari 2002 atas tuduhan menyertai Barisan Demokratik Pembebasan Palestin (DFLP) yang dikatakan “mendukung aktiviti keganasan” di Baitulmaqdis.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts