Tahanan Palestin keluar afidavit berkaitan penderaan

AL-KHALIL, 29 Nov 2016 (PIC) — Tahanan Palestin Mohamed Ahmad Al-Najar, 23, semalam mengeluarkan afidavit bersumpah yang membuktikan penderaan zalim psiko-fizikal tentera Zionis semasa beliau ditangkap dan ditahan dalam penjara.

Beliau diculik dari rumahnya di kem al-Fawar di selatan al-Khalil selepas cedera dipukul di bahagian rusuk dan muka, kemudian dipaksa berjalan selama sejam dari rumahnya menuju ke kawasan penempatan haram Hagai.

Ketika diheret ke Hagai, beliau terjatuh dan muntah berdarah namun pihak tentera tidak menghiraukan permintaanya supaya dibawa dengan menaiki sebuah kenderaan, bahkan terus mengheret tangan beliau dalam keadaan bergari.

Beliau kemudiaannya dipindahkan ke penjara Etzion dan ditahan di situ selama hampir dua jam sebelum diheret ke penjara Ofer.

Mohamed mengadu kepada tentera tentang kesakitan beliau di bahagian perut dan tulang belakang, namum beliau tetap dibiarkan kesejukan dalam kurungan sepanjang hari.

Bapa dua orang anak itu pernah ditangkap sebanyak lapan kali sebelum ini dan pernah merengkok dalam penjara selama enam tahun.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts