Tahanan Palestin lancar mogok lapar selama 3 hari

GAZA, 25 Sep 2016 (PIC) — Tentera Zionis menyerang tahanan Palestin di penjara Nsfha apabila mereka memulangkan makanan yang disediakan untuk mereka dan mengisytiharkan mogok lapar selama tiga hari sebagai bantahan ke atas rejim Zionis berikutan kematian Yasser Dhiad Hamdouna dalam penjara padi tadi.

Yasser, 40, yang berasal dari kota Jenin mengalami serangan angin ahmar pagi tadi dan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Soroka. Beliau telah beberapa mengalami serangan angin ahmar akibat tidak diberikan rawatan terhadap masalah jantung sejak ditahan pada tahun 2013.

Tahanan di penjara Ramon, Nafha dan Holikdar turut memutuskan untuk menutup seksyen tempat mereka ditahan.

Sehingga kini seramai 208 tahanan Palestin telah meningal dunia dalam penajra Zionis, 55 daripada mereka akibat tidak diberikan rawatan. Sementara lapan lagi meninggal dunia tidak lama selepas dibebaskan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts