Tahanan Palestin lumpuh setelah disuntik dengan cecair misteri

BEIT LAHM, 21 Jan 2018 — Tahanan Palestin Mohammed al-Khatib, 47,

menjadi lumpuh setelah diberi suntikan cecair ubat misteri ketika dalam kurungan penjara Zionis.

Kenyataan isteri beliau hari ini menyebut bahawa keadaan tersebut hanya disedari apabila dia cuba melawat suaminya 25 hari lalu, dan suaminya melarang atas alasan keadaannya tidak sihat.

Beberapa orang rakan tahanan di penjara Nafha memaklumkan isterinya bahawa doktor di penjara tersebut telah menyuntik Mohammed di bahagian pehanya, yang ketika itu sakit selsema. Beberapa hari kemudian, seluruh bahagian bawah badannya menjadi lumpuh.

Sebelum ini, pihak penjara mengugut untuk membalas dendam ke atas Mohammed atas peranan beliau memimpin mogok besar-besaran selama 43 hari dalam penjara Raymond.

Suruhanja Hal Ehwal Tahahan di Beit Lahm cuba menghantar seorang pakar neurologi untuk memeriksa Muhammed, tetapi ditolak oleh pihak penjara.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts