Tahanan positif Covid-19 didera dalam penjara

RAMALLAH, 13 Ogos 2020 — Pertubuhan hak asasi Al-Dameer Association for Human Rights semalam melaporkan bahawa tahanan Mahmoud al-Ghalidh, 17, yang disahkan positif Covid-19, didera dalam penjara Zionis.

Mahmoud ditahan dalam kurungan berseorangan di Penjara Raymond, didera secara fizikal dan dinafikan keperluan asas termasuk pakaian.

Beliau ditangkap dari rumahnya di kem pelarian Jalazone di Ramallah pada 23 Julai lalu. Pada 3 Ogos, pihak penjara Zionis mengesahkan beliau positif Covid-19.

Sejak bermulanya pandemik, empat tahanan Palestin dijangkiti Covid-19 dan dua lagi disahkan positif sebaik dibebaskan dari penjara.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts