Tahanan yang sakit di penjara Ashkelon sertai mogok lapar

RAMALLAH, 18 Apr 2017 (PIC) — Tujuh orang tahanan Palestin yang sakit dalam penjara Ashkelon menyertai mogok lapar bersama 1,500 tahanan lain yang bermula semalam.

Sejak tahun 1967, tahanan Palestin telah mengadakan sebanyak 23 mogok lapar. Kali terakhir pada tahun 2014, tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan telah melancarkan mogok selama 63 hari.

Seramai 6,500 penduduk Palestin masih ditahan dalam penjara Zionis, termasuk 58 wanita, 300 kanak-kanak, 500 tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan, dan 1,800 tahanan yang sakit.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts