Tahanan Yasser Hamduna meninggal dunia dalam penjara Zionis

JENIN, 25 Sep 2016 (PIC) — Tahanan Palestin Yasser Hamduna, 40, meninggal dunia akibat dibiarkan tanpa rawatan selepas diserang angin ahmar di penjara Ramon padi tadi.

Beliau dibiarkan kesakitan dalam klinik di penjara Ramon selama lebih 20 minit sebelum dipindahkan ke Hospital Soroka.

Yasser ditahan pada tahun 2003 atas tuduhan terlibat dalam aktiviti menentang penjajahan dan dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Beliau menghadapi masalah sakit jantung tanpa diberi rawatan sejak beberapa tahun.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, Yasser merupakan salah seorang mangsa pembunuhan terancang rejim Zionis ke atas tahanan Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts