Tahniah Kepada Pengerusi HALUANPalestin atas Anugerah Tokoh Aktivis Masyarakat Maal Hijrah Selangor 1432H

Laman HALUANPalestin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Hj. Noorazman Shamsudin, Pengerusi HALUANPalestin atas penerimaan anugerah Tokoh Aktivis Masyarakat Sempena Maal Hijrah Selangor 1432H.

Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Al Haj berbesar hati menyampaikan sijil dan pingat kepada Hj. Noorazman Mohd Samsuddin dalam satu sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor yang diadakan  di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,  Shah Alam pada 6 Disember 2010.

Semoga usaha dan amal beliau diberkati Allah SWT dan dipertingkatkan keikhlasan dalam memperjuangan permasalahan Palestin di Malaysia dan antarabangsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts