Tanah gereja Beit al-Baraka dimasukkan ke dalam blok penempatan haram Gush Etzion

BAYT LAHM, 6 Jan 2016 (Maan) — Menteri Perang penjajah Zionis Moshe Yaalon memutuskan untuk memasukkan kawasan sebuah gereja di Tebing Barat ke dalam blok penempatan haram Gush Etzion.

Tanah seluas 38 dunam (9.3 ekar) yang dikenali sebagai Beit al-Baraka itu terletak di utara kem pelarian al-Arrub di al-Khalil. Jutawan Amerika Irving Moskowitz telah membeli tanah tersebut melalui sebuah syarikat dari Sweden pada tahun 2012, dengan rancangan untuk menjadikannya sebagai sebuah pengkalan bagi penempatan haram Yahudi.

Gereja tersebut terletak di lokasi yang sangat sensitif di antara blok penempatan haram Gush Etzion dan kelompokan penempatan Yahudi lain di sekitar al-Khalil. Tindakan memasukkan kawasan ini ke dalam blok Gush Etzion akan membentuk jaringan penempatan haram Yahudi yang hampir bersambungan sepenuhnya, di antara al-Quds dan al-Khalil.

Syarikat Sweden tersebut, Scandinavian Seamen Holy Land Enterprises, ditubuhkan pada tahun 2007 bagi menutup skandal penjualan dan pemindahan milik Beit al-Baraka kepada sebuah pertubuhan pendatang Yahudi yang didanai oleh Moskowitz pada tahun 2012. Ketua paderi gereja berkenaan Keith Coleman, yang merupakan pemilik asal tanah, menjelaskan beliau menjual tanahnya itu kepada syarikat berkenaan dengan harapan mereka akan memulihkan semula peranan gereja tersebut.

Syarikat tesebut kemudian dibubarkan dan hakmilik tanah diserahkan kepada sebuah NGO Amerika, American Friends of the Everest Foundation, yang juga didanai oleh Irving Moskowitz dan memberi tumpuan dalam usaha untuk meyahudisasi wilayah al-Quds Timur.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts