Tanahan al-Khawaja lancar mogok lapar

RAMALLAH, 10 Apr 2016 (PIC) — Tahanan Shukri al-Khawaja melancarkan mogok lapar sebagai membantah tahanan administratif dalam penjara terasing selama 16 bulan ke atas beliau.

Khamis lalu, mahkamah tentera Zionis di penjara Eshel di bandar Beersheba melanjutkan tempoh tahanan beliau dalam tahanan terasing di penjara Ramon selama tiga bulan lagi.

Shukri mengidap beberapa masalah kesihatan termasuk tekanan darah dan kadar koleterol yang tinggi, sakit kronik di bahagian perut, belakang dan kaki akibat didera ketika dalam tahanan di penjara Ofer.

Beliau ditahan secara berasingan atas arahan pasukan perisik Shin Bet sejak 17 Disember 2014. Sejak tempoh tersebut, beliau dibenarkan berjumpa keluarganya hanya sekali sahaja.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts