Tebing Barat hadapi masalah kekurangan bekalan air

TEBING BARAT, 23 Ogos 2016 (MEMO) — Dalam berhadapan dengan kemuncak musim panas, beberapa kawasan penduduk Palestin di Tebing Barat mengalami masalah kekurangan bekalan air yang genting.

Menurut UNICEF, seramai 35,000 penduduk Palestin kini berhadapan dengan masalah tersebut.

Ketua perkampungan Masafer Yatta berdekatan al-Khalil, Nidal Younis, menyebut bahaya air kini menjadi sangat mahal. “Harga bagi satu meter padu air kini 12 kali ganda lebih mahal daripada harga biasa,” kata beliau. “Ketika ada air, ia biasanya berharga 4 shekel untuk satu meter padu, tetapi sekarang harganya 50 shekel (RM 53).”

Rejim Zionis menghalang penduduk Palestin daripada menggali telaga untuk mendapatkan air dari sumber bawah tanah, sehingga memberi kesan teruk kepada penduduk dan juga ternakan mereka.

Penduduk juga dilarang membina tadahan air, di mana banyak tempat tadahan air dimusnahkan oleh tentera penjajah atas alasan ia dibina tanpa kebenaran.

Penduduk di kawasan luar bandar mengalami masalah yang lebih teruk kerana mereka terpaksa membayar air yang dibawa menggunakan lori pengangkut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts