Televisyen Satelit Arab dan Islam Di Seru Siarkan Solat Tarawih Dari Masjid Al Aqsa

Lembaga Media Antarabangsa untuk Membela Al-Quds menyeru agar semua saluran televisyen satelit Arab dan Islam mengerahkan keupayaan mereka dalam menyiarkan secara langsung acara solat Tarawih dan khutbah Jumaat dari Masjid Al-Aqsa di sepanjang bulan Ramadhan. Lembaga itu berpandangan bahawa usaha penyiaran itu akan dapat dijadikan sebagai pengingat masyarakat Arab dan Islam terhadap segala tindak tanduk kejahatan penjajah Israel, terutama pelbagai tipu helah dan program Zionis dalam kerangka menyahudisasikanAl-Quds.

“Di saat ini setelah empat puluh tahun berlalu, orang-orang Yahudi itu melakukan pembakaran terhadap Masjid Al-Aqsa yang diberkahi, iaitu sejak 21 Ogos 1969 di mana Kota Al-Quds terus mendapatkan ancaman berbentuk pelbagai pelanggaran dan program Israel untuk mengusir warga penduduk asal dan cuba menghapus jejak Palestin  dan Arab serta terus membangun pemukiman, tembok rasialis dan yahudisasi, ditambah juga terus berlangsungnya penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa bahkan nama-nama jalan di Palestin telah digantikan dengan nama-nama Ibrani-Taurat,” atas arahan pemerintah Netanyahu.” Ujar wakil Lembaga Media Antarabangsa untuk Membela Al-Quds seperti yang dilaporkan oleh sesawang Panet.

Sebelum ini Lembaga Media Antarabangsa untuk Membela Al-Quds juga sedang menjalankan kempen 101 hari untuk Al-Quds yang dimulai sejak 12 Julai 2009 yang lalu. Kempen itu berjaya dilaksanakan atas koordinasi dengan media massa yang terus menyuarakan masalah-masalah yang mencengkam Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa.(milyas/panet)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts