Wanita Palestin, Dibebas dan Di Tangkap Semula

Pada hari Sabtu (29/8) kelmarin, pasukan pendudukan Israel (IOF) menangkap tujuh warga Palestin dari pelbagai wilayah Tebing Barat termasuk seorang wanita muda berhampiran Nablus yang sebelumnya baru dibebaskan dari penjara oleh Presiden Palestin Mahmoud Abbas, yang juga pemimpin Fatah.

Wanita tersebut adalah Ghufran Al-Zamel yang beberapa kali telah merasakan penderitaan di dalam tahanan penjara Israel. Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa Ghufran Al-Zamel pernah bekerja sebagai Setiausaha di akhbar Kemerdekaan Palestin sebelum penguasa Ramallah menutupnya. Manakala empat pemuda lainnya ditahan di Nablus bersama dengan dua orang dari desa Bil’in, Ramallah .

The Ahrar Centre yang merupakan pusat kajian tentang tahanan dan hak asasi manusia mengecam IOF kerana telah menahan Zamel, hal ini menunjukan bahawa IOF sengaja menjadikan keluarga Zamel sebagai sasaran penangkapan. Sebelum ini sebahagian besar anggota keluarga Zamel telah ditahan dan kakak Zamel juga telah dibunuh oleh tentera IOF pada tahun 2004.

Fuad Al-Khafsh, Direktor The Ahrar Centre, mengatakan bahawa penahanan Zamel telah meningkatkan jumlah tawanan wanita Palestin menjadi 70 orang yang bertebaran di tiga buah penjara. Para tawanan wanita tersebut terdiri dari remaja, kaum muda dan para ibu.

Sikap kekerasan dan penangkapan terhadap perempuan Palestin ini merupakan lanjutan dari kejadian sehari sebelumnya iaitu pada hari Jumaat (28/8). Saat itu sebuah kenderaan tentera IOF memukul dua orang perempuan muda Palestin berhampiran Ramallah, sumber perubatan setempat mengatakan bahawa akibat tindakan keji tentera IOF, kedua wanita muda tersebut terpaksa menjalani rawatan serius di hospital.

Sebuah lagi kisah pilu lainnya yang berlaku pada hari yang sama adalah apabila warga daerah Nablus kembali mengalami penindasan. Mereka mengatakan bahawa penduduk Yahudi yang bersenjata telah menyerang rumah-rumah warga di selatan kota Nablus pada Jumaat malam, Ketika itu juga pihak tentera IOF menangkap seorang pemuda Palestin yang berusaha menghentikan penghancuran rumah keluarganya yang dilakukan oleh warga Yahudi tersebut. (mrz/VOP)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts