Tentera Israel ‘menculik’ rakyat Palestin untuk mendapatkan organ

Sebuah akhbar utama Sweden, Aftonbladet, mendakwa tentera rejim pengganas Israel menculik rakyat Palestin untuk mencuri organ mereka dan menjual organ tersebut di pasaran gelap.

Dalam satu artikel bertajuk “They plunder the organs of our sons,” akhbar harian tersebut menyatakan bahawa tentera Israel melarikan pemuda-pemuda Palestin dari Tebing Barat dan Gaza dan kemudiannya menyerahkan mereka semula kepada keluarga masing-masing setelah mengambil organ-organ.

“Anak-anak kami digunakan sebagai penderma organ secara paksa,” saudara-saudara kepada seorang rakyat Palestin, Khalid yang berasal dari Nablus, memberitahu Donald Boström yang menulis artikel tersebut. Kes serupa turut dilaporkan oleh ibu kepada Raed dari Jenin dan juga pakcik kepada Machmod dan Nafes dari Gaza.

Donald Boström turut melaporkan beberapa keterangan dari rakyat Palestin di mana saudara mereka menjadi mangsa kepada operasi menyeludup organ. Menurut laporan itu, semua mangsa telah dibunuh dan mayat mereka dijalankan autopsi.

Kejadian sama yang pernah berlaku pada tahun 1992, iaitu ketika Intifadah pertama, turut dilaporkan. Dalam kejadian tersebut, seorang aktivis muda Palestin, Bilal Ahmad Ranian, telah ditangkap oleh tentera pengganas Israel di kawasan Nablus kerana membaling batu. Dia di tembak di bahagian dada, kedua kaki dan perutnya, kemudian dipindahkan menggunakan helikopter tentera ke sebuah distensi yang tidak diketahui.

Mayat anak muda tersebut dijumpai lima malam kemudianya, dibungkus dengan cadar hospital berwarna hijau. “Bila Bilal dimasukkan ke dalam pusaranya, dada beliau dibuka dan tiba-tiba orang dapat melihat dengan jelas penderaan yang beliau lalui. Bilal bukanlah satu-satunya yang dikebumikan dengan kesan dibelah dari perut hingga ke dagu, dan spekulasi tentang punca yang menyebabkan keadaan mayat mereka mula diperkatakan,” tulis artikel tersebut.

Artikel tersebut juga mengaitkan isu jenayah yang baru ditemui di New Jersey, di mana ia melibatkan penyeludupan organ manusia. Beberapa rabbi Amerika, termasuk Levy Izhak Rosenbaum, telah ditangkap berhubung dengan kes tersebut.

Seperti dijangka, akhbar Aftonbladet mendapat kecaman hebat dari dalam mahupun luar negera, dan didakwa bersikap anti-Semitik. (mn/PressTV/Jerusalem Post/Aftonbladet)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts