Tentera Israel Tembak Warga Palestin, 1 Terbunuh, 3 Cedera

GAZA, 24 Disember – Tentera Israel menembak empat petani dan penternak Palestin di bahagian utara Semenanjung Gaza pada Khamis, seorang terbunuh dan tiga lagi cedera, demikian sumber-sumber tempatan melaporkan.

Setelah dibawa ke hospital, seorang mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Abu Salamah Hashish, 22 tahun telah ditembak di bahagian belakangnya oleh pasukan Israel yang ditempatkan di sempadan.

Antara mangsa lain yang tercedera termasuklah seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang menderita keceraraan parah ketika ditembak di kepala ketika mengembala binatang ternaknya berhampiran kawasan sempadan.

Abu Hashish adalah warga Palestin ke 13 yang dibunuh oleh tentera Israel di daerah sempadan sejak November 2010 lalu, demikian menurut pegawai perubatan tempatan. (imc)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts