Tentera Laut Zionis Culik 2 Nelayan Gaza

GAZA, 21 Dis 2017 — Tentera Laut Zionis menculik dua orang nelayan Palestin ketika menangkap ikan di daerah Waha dalam perairan Beit Lahiya di utara Gaza pagi tadi.

Bot-bot tentera Zionis menembak bot nelayan Palestin, dan menangkap dua nelayan dari Beit Lahiya, Mohammed Ghaleb Al-Sultan, 25, dan Orans Sharif Al-Sultan, 21. Tentera Zionis memaksa mereka menanggalkan pakaian dan terjun ke dalam laut, kemudian berenang ke arah bot perang tentera Zionis sebelum ditangkap.

Orans pernah ditangkap sebulan lalu.

Tentera Zionis cuba menenggelamkan bot nelayan terbabit dengan melepaskan tembakan yang sengit, menyebabkan kerosakan teruk. Bagaimanapun, dua jam selepas kejadian nelayan-nelayan lain berjaya mendekati bot terbabit dan menariknya ke pantai.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts