GAZA, 28 Dis 2017 — Tentera laut Zionis melepaskan tembakan ke arah bot-bot nelayan Palestin di perairan pantai Beit Lahiya di utara Gaza pagi tadi, sebelum menculik dua orang nelayan.

Tiada kecederaa dilaporkan, namun dua nelayan Sameh al-Quqa dan Shawqi Bakr diculik serta bot-bot mereka dirampas dan ditunda ke pelabuhan Ashdod.

Sepanjang tempoh dari Januari hingga Mei 2017, lima bot nelayan Gaza telah dirampas, 14 nelayan diculik, empat nelayan cedera ditembak dan dua nelayan terbunuh diserang tentera laut Zionis.

(Maan, IMEMC)

SHARE