Tentera laut Zionis culik 2 nelayan Gaza

GAZA, 15 Nov 2016 (PIC) — Tentera laut Zionis menculik dua orang nelayan dan merampas bot mereka di perairan utara Gaza petang semalam.

Bot tentera mengejar nelayan Abdul Hafedh Amar dan Amar Assaad al-Sultan di perairan al-Sudaniya dan kemudian menculik mereka serta menunda bot ke pelabuhan Ashdod.

Lebih 4,000 penduduk Gaza bergantung sepenuhnya kepada usaha menangkap ikan, yang dapat memberi peluang pendapatan kepada 50,000 keluarga di Gaza.

120 nelayan Gaza telah ditangkap dan 10 yang lain cedera diserang oleh tentera Zionis sejak awal tahun 2016.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts