Tentera Laut Zionis Dan Mesir Serang Nelayan Gaza, Empat Diculik

navyGAZA, 22 Okt 2014 (IMEMC) — Tentera laut Zionis menyerang sebuah bot nelayan Palestin bedekatan pantai utara Gaza di kawasan Sudaniyya pagi tadi.

Bot milik keluarga Abu Bakr itu diserang dengan peluru hidup, di mana lima nelayan yang menaikinya telah diculik dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui. Bot tersebut juga dirampas oleh tentera laut.

Manakala di selatan Gaza, tentera laut Mesir dilaporkan menembak bot nelayan Gaza berdekatan Rafah. Tiada kecederaan dilaporkan.

Tentera laut Zionis sering menyerang bot nelayan Palestin di perairan Gaza, mengakibatkan kerosakan teruk ke atas bot dan peralatan menangkap ikan mereka. Serangan juga kerpa mengakibatkan kecederaan nelayan dan juga penculikan. Terdapat sekitar 4,000 nelayan di Gaza, di mana 50,000 orang bergantung sara hidup mereka kepada industri perikanan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts