Tentera Laut Zionis Serang Bot Nelayan Gaza

gaza_navyGAZA, 6 Jun 2014 — Tentera laut Zionis melepaskan tembakan ke arah beberapa buah biot nelayan Gaza di kawasan al-Sodania di barat laut Gaza.

Agensi Palestinian News Network melaporkan bot-bot berkenaan diserang ketika mereka berada di dalam kawasan enam batu dari pantai, iaitu kawasan yang dibenarkan untuk nalayan Gaza menangkap ikan. Walau bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

Nelayan Gaza terdedah kepada serangan dan tembakan tentera laut Zionis hampir setiap hari. Banyak bot-bot menangkap ikan yang rosak akibat diserang dan nelayan berkenaan diculik.

—–

Sumber : Palestinian News Network

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts