GAZA, 10 Julai 2018 — Pasukan tentera laut Zionis hari ini menyerang pelayaran Freedom Flotilla II, menangkap lapan orang penumpang dan menahan mereka di sebuah pengkalan tentera di pelabuhan Ashdod.

Freedom Flotilla II belayar meninggalkan Gaza pagi tadi dengan membawa aktivis, pesakit, pelajar dan beberapa penduduk Gaza yang tercedera, sebagai kempen menghentikan sekatan yang dikenakan oleh rejim Zionis sejak 2006.

Pihak penganjur mendesak supaya PBB dan masyarakat dunia memberi perlindungan kepada pelayaran tersebut supaya mereka berjaya tiba sehingga ke kepulauan Cyprus.

Dalam pada itu, rejim Zionis masih menahan kapten flotilla pertama, Sahel al-Amoudi, selepas tentera laut Zionis memintas dan merampas bot mereka pada 29 Mei lalu.

(PIC, MEMO, WAFA)

SHARE