Tentera Laut Zionis Tembak Bot, Culik 2 Nelayan

GAZA, 6 Nov 2017 — Pasukan tenetra laut Zionis hari ini menculik dua orang nelayan Palestin selepas menembak dan merampas bot mereka di perairan al-Sudaniyya di utara Gaza.

Mangsa, yang dikenali sebagai dua beradik Hasan dan Ahmad Miqdad, dilaporkan cedera ketika dikejar oleh bot tentera Zionis.

Tentera laut Zionis menyerang nelayan Gaza hampir setiap hari tanpa menghiraukan persefahaman damai yang ditaja oleh Mesir pada 26 Ohos 2014.

Hampir 125 orang nelayan Gaza telah ditangkap pada tahun 2016. Tiga daripada mereka ditangkap selepas ditembak, manakala dua nelayan terbunuh, dan seorang lagi masih lagi tidak ditemui.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts