Tentera laut Zionis tembak mati nelayan Gaza

GAZA, 14 Nov 2018 — Tentera laut penjajah Zionis tengahari tadi menembak seorang nelayan Palestin, Nawwaf al-Attar, 23, di perairan Beit Lahia, utara Gaza.

Mangsa meninggal dunia tidak lama selepas tiba di Hospital Indonesia, akibat kecederaan apabila peluru meletup di bahagian dadanya.

Terdahulu, pasukan tentera Zionis menyerang nelayan Gaza dan menghalang mereka belayar menangkap ikan. Susulan serangan, zon menangkap ikan di beberapa kawasan disempitkan menjadi hanya satu batu nautikal.

Perjanjian Oslo 1993 membenarkan nelayan Palestin belayar sehingga 20 batu nautikal. Namun rejim Zionis menghadkannya kepada hanya tiga batu nautikal.

(PIC, IMEMC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts