GAZA, 10 Sep 2018 — Kapal-kapal perang tentera laut penjajah Zionis melepaskan tembakan ke arah peserta dan penduduk yang cuba melancarkan bot “Pelayaran Kebebasan” ke-7 di wilayah Wahah di utara Gaza petang tadi.

Sebanyak 55 buah bot mengibarkan bendera Palestin dan belayar di pantai utara Gaza. Mereka diserang dan dipaksa berpatah balik ke pantai.

Seramai 49 orang tercedera di mana 10 daripada mereka terpaksa dikejarkan ke hospital.

Mereka melancarkan kempen untuk menghentikan sekatan haram tentera Zionis ke atas Gaza yang berterusan sejak 12 tahun lalu.

(PIC, Maan, IMEMC)

SHARE