GAZA, 27 Jun 2019 — Pasukan tentera laut penjajah Zionis pagi tadi menyerang bot-bot nelayan Palestin yang belayar di perairan Beit Lahiya, utara Gaza, dengan tembakan peluru hidup dan roket.

Bot-bot perang tentera Zionis mengejar para nelayan sambil melepaskan tembakan mesingan dan melancarkan roket ke kawasan berdekatan bot-bot mereka, memaksa para nelayan berudur pulang ke pantai. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

Tentera Zionis meningkatkan gangguan dan serangan ke atas nelayan Gaza sejak beberapa hari lalu.

(PIC)

SHARE