Tentera Lubnan henti pembinaan tembok di kem Ein al-Hilweh

BEIRUT, 25 Nov 2016 (PIC) — Tentera Lubnan hari ini menghentikan pembinaan tembok keselamatan di sekeliling kem pelarian Ein al-Hilweh yang mula dibina Ahad lalu, berikutan tekanan dari pihak Palestin dan antarabangsa.

Kenyataan pihak tentera menyebut bahawa langkah alternatif akan diambil bagi mengawal keselamatan dan meningkatkan kestabilan di dalam dan sekitar kem tersebut.

Lebih 80,000 pelarian Palestin menumpang di kem tersebut, namun kebanjiran pelarian dari Syria menjadikan jumlah penghuni kem kini sekitar 120,000 orang.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts