Tentera Mesir tembak mati nelayan Gaza

GAZA, 7 Nov 2018 — Pasukan tentera Mesir petang tadi menembak mati seorang nelayan Palestin di perairan Rafah, selatan Gaza.

Mustafa Khader Khalil Abu Odah, 32, yang berasal dari kem pelarian Shati meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Abu Youssef Najjar. Beliau terkena dua das tembakan di bahagian dada.

Tidak ada sebab yang jelas kenapa beliau ditembak.

(PIC, IMEMC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts