Tentera serang sekolah & pelajar di al-Khalil

BETHLEHEM, 20 Dis 2015 (PIC) — Tentera penjajah Zionis pagi tadi menceroboh masuk dua buah sekolah di al-Khalil, mencetuskan suasana panik di kalangan pelajar.

Tentera dilaporkan memasuki bandar Yatta dan secara ganas menggeledah sekolah al-Majaz dan mencetuskan ketakutan di kalangan pelajar. Seorang pegawai sekolah, Moussa Abu Aram, ditahan untuk soal siasat.

Tentera kemudiannya menyerang sekolah rendah al-Musafir dan menyebabkan suasana kelam kabut di dalam bilik darjah.

Tentera juga dilaporkan menembak gas pemedih mata ke arah kanak-kanak sekolah di bandar al-Khader, Bethlehem.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts