Tentera Syria Lancar Serangan Besar-besaran ke atas Kota Daraa yang Terkepung

DARAA, SYRIA, 5 Sep 2021 — Tentera rejim Syria meningkatkan serangan ke atas kejiranan Daraa al-Balad di barat daya Syria awal hari ini, hanya beberapa jam setelah penduduk kawasan itu meminta masyarakat antarabangsa untuk membantu mereka lari menyelamatkan diri.

Sekumpulan aktivis dan wartawan dari daerah Ahrar Houran mendakwa bahawa kumpulan militia yang disokong oleh Iran menyasarkan kawasan kejiranan Daraa al-Balad, yang telah menyaksikan pengeboman sengit dan dikepung oleh rejim Syria selama berbulan-bulan.

Semalam, para pegawai di Daraa al-Balad mendesak PBB untuk membantu memindahkan 50,000 orang yang berhadapan dengan ancaman rejim pemerintah.

Daraa al-Balad dikepung oleh rejim Syria pada 25 Jun setelah penduduk menolak perintah menyerahkan senjata mereka, dan membiarkan pasukan rejim menggeledah rumah mereka.

Gencatan senjata bermula pada 1 September berdasarkan perjanjian yang dimediasi oleh Rusia, tetapi sejak itu dicabuli oleh tentera rejim Syria.

(MENA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts