Tentera Udara Zionis Serang Gaza, Tiada Kecederaan

Gaza_airplane_500_300GAZA, 14 Jun 2014 — Jet dan helikopter Apache tentera udara Zionis menyerang dua kawasan di selatan Khan Younis dan Tal al-Sultan di Rafah, pagi tadi. Walau bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

Kenderaan tentera Zionis juga dilaporkan bergerak di sepanjang sempadan di sebelah timur Gaza dan drone meningkatkan penerbangan di ruang udara Gaza.

Terdahulu, pejuang-pejuang Palestin telah melancarkan roket dan mengenai sasaran di daerah Sdot Negev. Serangan roket tersebut merupakan serangan balas terhadap serangan tentera Zionis ke atas Gaza hari Rabu lalu yang telah mengorbankan seorang penduduk di utara Gaza.

Rejim Zionis meletakkan sepenuhnya tanggungjawab terhadap serangan roket dari Gaza ke atas Palestinian Authority, berikutan terbentuknya kerajaan perpaduan Palestin. Mereka bukan mengancam untuk menyerang balas ke atas wilayah Gaza sahaja, bahkan juga kawasan Tebing Barat.

—–

Sumber : Ma’an News Agency

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts