GAZA, 2 Jan 2018 — Tentera udara Zionis sekali lagi menyerang sebuah pengkalan mujahidin di barat Khan Younis di selatan Gaza awal pagi tadi.

Sebuah helikopter melepaskan sekurang-kurangnya tiga tembakan peluru berpandu di tapak yang didakwa sebagai pengkalan laut Briged al-Qassam itu, namun tiada kecederaan dilaporkan. Para mujahidin membalas dengan menembak helikopter tersebut.

Tapak yang sama telah diserang pada 13 Disember 2017 lalu.

(Maan, PIC)

SHARE