Tentera Yahudi Israel Menyukarkan Umat islam Hebron Meraikan Ramadhan

3 Sept – Bagi Palestin, Ramadhan merupakan keceriaan. Tetapi keceriaan itu terasa sangat berbeza di Hebron, sebuah bandar di selatan Tebing Barat yang masih dalam cengkaman Israel. Hebron sendiri merupakan bandar paling kuat dalam berpegang teguh dengan adat dan tradisi, khususnya di Baldah Qadimah.

Namun, keceriaan Hebron pada saat Ramadhan sekarang ini jauh berbeza dengan sebelumnya. Ini kerana jika dahulu mereka dapat fokus untuk menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan ibadah, kini mereka disibukkan untuk berhadapan situasi kontra para pemukim Yahudi yang menunjukan sikap permusuhannya yang semakin menggila. Para penindas itu kerap menyerang warga Palestin dan aset-aset mereka.

Menurut Jawatankuasa Pengembangan Hebron kepada Qudspress, Khamis (3/9), para pemukim Yahudi itu semakin meningkatkan kejahatan mereka sejak beberapa minggu ke belakang ini. Mereka menyerang rumah-rumah warga Palestin, menghalangi mereka untuk mendapat akses bahan makanan, menghalang warga Palestin untuk melawati sanak saudara serta tidak membenarkan mereka untuk solat Tarawih di Masjid Ibrahimi. Di samping itu juga penjajah Yahudi itu sering melakukan perampasan di atas tanah seperti yang menimpa tanah keluarga Harbawi berhampiran Jalan Syuhada yang tertutup sejak 10 tahun lalu. Di tanah itulah para penindas Yahudi itu membangunkan kolam-kolam dan tembok pemisah, lalu mereka membina tiang elektrik, tangki air lalu menanam pohon zaitun seolah-olah tanah itu sudah menjadi kepunyaan mereka. Kesemua tindakan yang mereka lakukan adalah untuk memiliki tanah milik keluarga Harbawi secara perlahan.

Amat menyedihkan apabila para penguasa Israel juga tidak menghormati bulan Ramadhan. Mereka menghalangi umat Islam Hebron untuk memaksimakan peluang beribadah di sepanjang Ramadhan. Salah satu modus operandi  yang mereka lakukan adalah melarangi umat Islam mengumandangkan azan dari Masjid Ibrahimi. “Mengumandangkan azan dilarang pada acara-acara keagamaan Yahudi, pada hari majlis perkahwinan mereka atau pada hari majlis keraian mereka. Alasan mereka laungan azan menyebabkan bising dan mengggangu majlis mereka. Tentera Yahudi Israel mengepung Masjid Ibrahimi dan terus mengawasi pintu-pintunya. Malahan pada hari Sabtu, umat Islam langsung tidak dibenarkan memasuki Masjid Ibrahimi.” papar sebuah sumber di Dewan Waqaf Hebron.

Di sepanjang bulan Ramadhan juga, penjajah Zionis Israel juga memperbanyakan pondok-pondok tentera mereka, sehingga ruang gerak warga Palestin di Hebron sangat terbatas. Di Hebron telah dibahagikan kepada 2 zon,  Hebron1 dan Hebron 2. Hal ini terjadi bagi memenuhi kehendak Protokol Tahun 1997. Hebron 2 adalah kawasan yang tunduk di bawah pentadbiran keamanan dan awam Israel di atas kawasan tanah seluas sekitar 20 peratus dari luas keseluruhan Hebron. Di Hebron 2 itu terdapat sekitar 40 ribu Palestin dan 500 pemukim ”haram” Yahudi yang dikawal oleh 2000 tentera Yahudi. Sementara baki sekitar 80 peratus adalah di bawah jagaan keamanan Palestin. Namun setelah wilayah-wilayah di Tebing Barat kembali dimasuki oleh penjajah Israel pada April 2002, seluruh Hebron kini berada di bawah pentadbiran keamanan Israel.(milyas/quds press)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts