Ringkasan

Tentera Zionis Adakan Latihan Menyerbu al Aqsa

Yayasan al Aqsa mendakwa bahawa pasukan tentera rejim pengganas Zionis Israel telah menjalankan satu latihan ketenteraan pada lewat petang hari Rabu 21 Julai. Latihan tersebut dikatakan sebagai persiapan untuk melaksanakan perancangan penting terhadap Masjid al Aqsa yang mulia, di mana mereka telah dilatih dengan aksi-aksi menyerbu masuk ke masjid tersebut.

Melalui sebuah kenyataannya, Yayasan al Aqsa menyebut bahawa mereka telah melakukan kunjungan mengejut ke lokasi latihan tentera Israel di Arash Ben Shiman. Di lokasi tersebut kelihatan askar-askar dalam jumlah yang besar dari pelbagai angkatan beserta kenderaan-kenderaan khusus untuk tentera, di samping replika masjid Kubah as Sakhra dan Masjid al Qibali. Terdapat juga sebuah replika Haikal Sulaiman, yang mereka rancang untuk dibina menggantikan Masjid al Aqsa. Ribuan askar-askar bertebaran di antara dua replika tersebut.

Berdasarkan apa yang dilihat oleh pasukan Yayasan al Aqsa ini, mereka mendakwa, “Latihan ini merangkumi senario berlakunya peristiwa besar di Masjid al Aqsa, di mana tentera Israel melakukan latihan penyerbuan secara meluas terhadap Masjid al Aqsa, yang melibatkan ribuan anggota dari pelbagai angkatan dengan menggunakan tembakan berbagai jenis bom dan senario berhadapan dengan orang-orang Palestin terhadap peristiwa ini di dalam Masjid al Aqsa”.

Jurucakap pasukan penjara sempadan Israel mendakwa latihan tersebut dilakukan sebagai persiapan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Beliau mendakwa kemungkinan akan berlaku aksi-aksi pelemparan batu pada bulan Ramadhan nanti.

Sementara itu, jurucakap Gerakan Islam di Palestin 1948, Zahi Najidar, dalam komentarnya menyatakan, “ianya bukan lagi suatu yang rahsia bahawa Israel bermimpi siang dan malam untuk mendirikan kuil mereka di atas runtuhan Masjid al Aqsa. Latihan ini membuktikan perancangan dan niat tersembunyi mereka untuk menghancurkan Masjid al Aqsa”.

Sebagaimana dimaklumi, Yahudi mendakwa Haikal Sulaiman atau Solomon Temple telah pertama kali dibina pada tahun 960 SM, kemudian dihancurkan oleh Babilon pada 587 SM. Mereka seterusnya mendakwa bahawa kuil tersebut dibangunkan semula pada tahun 70 M oleh bangsa Romawi. Dan menurut mereka lagi, sekarang yang tinggal hanyalah Tembok Ratapan, yang dikenali oleh umat Islam sebagai Hait Al-Buraq yang menjadi sebahagian daripada kompleks Masjid Al-Aqsa. (mn/pip)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts