Tentera Zionis adakan latihan serangan ke atas Gaza

BUKIT GOLAN, 7 Julai 2017 (MEMO) — Ribuan askar darat Zionis menyertai latihan besar-besaran di Bukit Golan yang terjajah, sebagai persediaan utuk menyerang wilayah Gaza.

Latihan selama seminggu yang berakhir semalam itu melibatkan simulasi menyerang Gaza dan turut disertai oleh Briged Nahal yang menyertai serangan ke atas Gaza pada tahun 2014, serta briged kereta kebal, meriam, kejuruteraan dan pesawat dron.

Latihan telah diadakan di penempatan haram Harish, yang baharu di bina di tengah-tengah tanah Palestin Wadi Ara untuk menempatkan 150,000 pendatang Yahudi, sesuai dengan simulasi melawan penduduk Gaza di kawasan padat.

Mereka turut menguji kenderaan Hummer tanpa pemandu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts