Tentera Zionis akan roboh rumah keluarga penyerang Tel Aviv

AL-KHALIL, 12 Jun 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis malam tadi mengeluarkan amaran kepada keluarga dua pemuda Palestin yang melakukan serangan di Tel Aviv baru-baru ini supaya meninggalkan rumah mereka di bandar Yatta untuk dirobohkan.

Dua bersaudara Mohamed dan Khaled Makhamreh melakukan serangan yang menyebabkan empat Yahudi mati dan enam yang lain cedera pada hari Rabu lalu.

Pada masa yang sama pihak tentera mengetatkan sekatan ke atas bandar Yatta, di mana mereka menjalankan operasi memecah masuk rumah dan menangkap penduduk secara besar-besaran.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts