Tentera Zionis arah sekolah di Masafer Yatta dirobohkan

AL-KHALIL, 30 Jan 2019 — Tentera penjajah Zionis pagi tadi mengeluarkan notis perobohan sekolah Khallet Dabaa yang terletak di Masafer Yatta di wilayah al-Khalil, selatan Tebing Barat.

Menurut Pengarah Pendidikan Palestin di Yatta, Yasser Saleh, notis tersebut hanya ditampal di pintu bangunan sekolah. Di samping itu, tentera Zionis turut mengarah pembinaan beberapa buah rumah milik keluarga al-Dababseh yang berdekatan.

Bangunan sekolah tersebut telah diroboh pada bulan Julai lalu, kemudian dibina semula oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama penduduk tempatan.

Masafer Yatta mempunyai 16 komuniti penduduk, dengan keluasan sekitar 65,000 hektar. Ia terletak berdekatan sebuah pengkalan latihan tentera Zionis. Sebanyak 12 komuniti telah diberi arahan tentera untuk merampas tanah mereka seluas 35,000 hektar.

Sekitar 3,000 pendatang Yahudi tinggal di kawasan penempatan haram di Yatta.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts