Tentera Zionis bebaskan penumpang Freedom Flotilla II, kapten masih ditahan

GAZA, 11 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis petang semalam membebaskan tujuh penumpang bot pelayaran Freedom Flotilla II setelah menyekat pelayaran dan menangkap mereka di perairan Gaza.

Mahmoud Abu Ataya, Raed Diab, Adam al-Najar, Aymen al-Louh, Alyan al-Louh, Mohamed al-Arour, dan Ali Abu Ataya dibebaskan di pintu lintasan Beit Hanoun (Erez). Bagaimanapun kapten bot tersebut masih ditahan.

Freedom Flotilla II belayar dari pelabuhan Gaza menuju ke Cyprus, membawa aktivis, pesakit dan pelajar sebagai kempen untuk menghentikan sekatan ke atas Gaza yang dikenakan oleh rejim Zionis sejak lebih 11 tahun lalu. Sekatan tersebut menghalang kemasukan bahan asas termasuk ubat-ubatan serta menghalang penduduk Gaza melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Kempen untuk menghapuskan sekatan tersebut turut melibatkan perhimpunan aman Great Return March (GRM) di sempadan timur Gaza. Tentera Zionis secara ganas menyerang peserta perhimpunan, di mana sekurang-kurangnya 139 penduduk Gaza telah dibunuh sejak kempen tersebut bermula pada 30 Mac.

Rejim Zionis juga masih menahan kapten Freedom Flotilla I, Sahel al-Amoudi, selepas tentera laut Zionis memintas dan merampas bot mereka pada 29 Mei lalu.

(PIC, IMEMC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts