Tentera Zionis bina menara kawalan baharu di selatan al-Khalil

AL-KHALIL, 15 Mei 2017 (Maan) — Tentera penjajah Zionis hari ini mula membina sebuah menara kawalan di laluan masuk ke perkampungan Wadi al-Shanja, berdekatan bandar Doura di selatan wilayah al-Khalil.

Tentera merampas dan meratakan tanah seluas 0.1 hektar milik keluarga Abu Arqoub dan Abu Sheikha bagi pembinaan tersebut. Menara itu bertujuan untuk melindungi pendatang Yahudi yang menggunakan laluan sekitarnya.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts