GAZA, 9 Ogos 2018 — Seorang penduduk Palestin terbunuh dan enam yang lain cedera dalam rangkaian serangan tentera udara Zionis di beberapa lokasi di Gaza sepanjang malam tadi.

Tiga mangsa yang tercedera dikejarkan ke Hospital as-Shifa dan seorang lagi mangsa dibawa ke Hospital Syuhada al-Aqsa di Deir Balah.

Sekurang-kurangnya tujuh serangan lain dilancarkan ke kawasan Rafah di selatan Gaza dan Sudaniyya.

Tidak lama selepas itu, dua orang lagi cedera dalam serangan di Beit Lahia, utara Gaza. Salah seorang daripada mereka, Ali Yusuf Gandur, 30, meninggal dunia kemudiannya di Hospital Indonesia.

Menjelang tengah malam, jet-jet perang tentera Zionis mengebom sebuah kereta di perkampungan Salatin di barat kota Beit Lahia, menyebabkan dua orang tercedera di mana salah seorang daripadanya dalam keadaan kritikal.

Selepas tengah malam, jet-jet tentera Zionis melepaskan 10 serangan bom ke kawasan timur perkampungan Zaitun.

 

(PIC, IMEMC)

SHARE