GAZA, 26 Ogos 2019 — Helikopter tentera udara penjajah Zionis menggempur sebuah lokasi di utara Gaza dengan serangan bom, awal pagi tadi.

Sebanyak empat serangan dilancarkan ke arah pos mujahidin Palestin berdekatan kawasan Umm an-Naser. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

Tentera Zionis mendakwa serangan tersebut sebagai tindakan balas insiden pelancaran roket dari Gaza petang semalam.

(PIC)

SHARE