Tentera Zionis bunuh pemuda Palestin, cederakan rakannya di kem Shu’fat

AL-QUDS, 5 Sep 2016 (IMEMC) — Tentera Zionis menyerang masuk kem pelarian Shu’fat di timur laut al-Quds Timur awal pagi tadi dan menembak mati seorang pemuda serta mencederakan rakannya yang menaiki sebuah kereta.

Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Mustafa Nimir dari kawasan Salaam di bandar Anata, di timur laut al-Quds.

Tentera Zionis menyekat pasukan ambulan yang berkejar ke tempat kejadian untuk membantu mangsa.

Manakala rakannya yang cedera parah diculik oleh tentera Zionis dan dibawa ke lokasi yang tidak diketahui.

Tentera Zionis mengeluarkan dua kenyataan yang bercanggah. Dalam satu kenyataan mereka mendakwa berlaku pertempuran bersenjata di antara tentera dan pejuang Palestin di kem Shu’fat, sehingga tercetus tembakan tersebut. Dalam kenyataan yang lain, mangsa didakwa cuba melanggar dan kemudian menikam tentera.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts