Tentera Zionis bunuh pemuda Palestin di Jenin

JENIN, 18 Jan 2018 — Tentera Zionis menembak mati pemuda Palestin Ahmad Nasr Jarrar, 22, dengan tembakan peluru hidup dan meriam ke arah rumahnya di kawasan Wad Burqin di barat wilayah Jenin.

Ketika kejadian, Ahmad berbalas tembakan dengan pasukan tentera yang mengepung rumanhya. Tentera Zionis mendakwa beliau terlibat dalam insiden menembak mati rabai Raziel Shevach minggu lalu.

Selepas membunuh beliau, tentera Zionis meletupkan rumahnya dengan tembakan meriam. Tentera kemudian menggunakan pembesar suara dan mengarahkan semua yang berada di dalam bangunan tersebut menyerah diri, sebelum pasukan buldozer meratakan runtuhan.

Susulan kejadian, tentera Zionis menyerang penduduk yang membantah dengan melepaskan tembakan peluru hidup, peluru getah serta gas pemedih mata. Ramai penduduk cedera, di mana sekurang-kurangnya seorang cedera terkena tembakan peluru hidup.

Ahmad adalah anak kepada Nasr Jarrar yang ditembak mati oleh tentera Zionis di Jenin pada tahun 2002.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts