Tentera Zionis Ceroboh Gaza, Tembak Kawasan Kebun

khan-younisGAZA, 2 Okt 2014 (Maan) — Jentera tentera Zionis menceroboh masuk ke kawasan selatan Gaza awal pagi semalam dan melepaskan tembakan ke kawasan kebun di situ.

12 buah jentera memasuki wilayah Gaza melalui pintu di sebelah timur bandar al-Fukhari di Khans Younis dan menceroboh sehingga 200 meter. Tentera Zionis dilaporkan memeriksa kawasan berkenaan sebelum melepaskan tembakan ke arah kebun-kebun milik penduduk Gaza, menyebabkan pekerja lari menyelamatkan diri.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts