Tentera Zionis ceroboh masuk selatan Gaza

GAZA, 20 Sep 2016 (Maan) — Tentera Zionis lengkap dengan lima buah buldozer menceroboh masuk sehingga 10 meter ke dalam wilayah Gaza di kawasan Abu Redia yang terletak di pinggir perkampungan Khuzaa di timur Khan Younis.

Kereta kebal dan kenderan tentera yang lain turut dikerahkan di kawasan sempadan berdekatan tempat kejadian.

Mereka dilapor meratakan tanah di kawasan terbabit, namun tiada insiden tembakan dilaporkan.

Dalam pada itu jet-jet perang F-16 tentera Zionis terbang rendah di beberapa kawasan di Gaza dan melepaskan tembakan roket ke arah laut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts