Tentera Zionis ceroboh masuk selatan Gaza, tembak nelayan

GAZA, 3 Feb 2016 (PIC) — Tentera Zionis awal pagi tadi menceroboh masuk ke dalam wilayah Gaza di bahagian selatan, manakala pada masa yang sama tentera laut melepaskan tembakan mesingan ke arah bot nelayan.

Tiga buah buldozer tentera Zionis memasuki kawasan tenggara Khan Younis, dengan dikawal oleh tiga buah kereta kebal dan beberapa buah jip tentera. Pesawat tentera juga berlegar di ruang udara kawasan tersebut.

Dalam pada itu, bot tentera laut Zionis melepaskan tembakan mesingan ke arah bot-bot nelayan yang belayar di utara perairan Gaza. Beberapa orang nelayan ditangkap dan sebuah bot turut dirampas.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts