Tentera Zionis ceroboh masuk sempadan Gaza, sembur racun

GAZA, 5 Apr 2017 (PIC) — Tentera Zionis lengkap dengan dua buah buldozer dan tiga buah kereta kebal menceroboh masuk sehingga 300 meter ke dalam kawasan tanah pertanian di timur Jabaliya, utara Gaza.

Jentera terbabit merosakkan tanaman sambil melepaskan tembakan peluru hidup untuk menghalau petani Gaza dari kawasan tersebut.

Pada masa yang sama pesawat Zionis menembur racun ke atas tanaman di beberapa kawasan di sempadan, buat hari kedua berturut-turut.

Tindakan tentera Zionis menyembur racun perosak di sepanjang sempadan menyebabkan petani mengalami kerugian besar. Sekitar 44,000 penduduk Gaza bekerja dalam sektor pertanian.

Tentera Zionis menjadikan kawasan sempadan sebagai “zon penimbal” yang dilarang masuk kepada penduduk Palestin.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts