Tentera Zionis ceroboh masuk utara Gaza

GAZA, 15 Jan 2018 — Pasukan tentera penjajah lengkap dengan empat buah buldozer dari pengkalan Tzukim menceroboh masuk hingga puluhan meter ke dalam kawasan timur lintasan Beit Hanoun (Erez) di utara wilayah Gaza pagi tadi.

Mereka kemudian meratakan tanah di kawasan berdekatan pagar sempadan sebelum beredar.

Tindakan tersebut merupakan rentetan siri pencabulan rejim Zionis terhadap persefahaman damai yang dimeterai selepas perang tahun 2014.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts