Tentera Zionis ceroboh masuk wilayah Gaza

KHUZA’A, 3 Ogos 2017 — Pasukan tentera Zionis lengkap dengan lima buah buldozer menceroboh masuk kawasan timur bandar Khuza’a di selatan wilayah Gaza yang terkepung pagi tadi.

Mereka menceroboh sehingga 50 meter, dan meratakan tanah berdekatan pagar sempadan sambil dikawal oleh sekumpulan kenderaan tentera di kawasan timur sempadan daerah Khan Younis itu. Mereka turut melepaskan tembakan ke arah para petani, yang kemudian terpaksa lari meninggalkan kebun untuk menyelamatkan diri.

Tentera Zionis turut membawa masuk lapan buah kren serta alat menggali tanah di sempadan Khuza’a, untuk operasi mengesan terowong bawah tanah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts