GAZA, 11 Jun 2018 — Sebanyak empat buah kereta kebal dan dua buah buldozer D9 tentera penjajah Zionis menceroboh masuk sehingga lebih 150 meter ke dalam kawasan timur kem pelarian al-Bureij di wilayah Tengah Gaza pagi tadi.

Mereka meratakan tanah, membina bukit-bukit pasir dan memasang kawat berduri pada jarak 50 meter dari pagar sempadan. Beberapa tembakan rambang juga dilepaskan, sambil pesawat dron berlegar di udara.

Tindakan tersebut, kononnya atas alasan keselamatan, merosakkan tanaman petani di wilayah yang terkepung itu.

(PIC, IMEMC)

SHARE