GAZA, 20 Nov 2018 — Pasukan tentera Zionis lengkap dengan jentolak menceroboh masuk sehingga 100 meter ke dalam wilayah Gaza di timur kem pelarian Maghazi pagi tadi.

Pencerobohan tentera Zionis berlaku hampir setiap hari, menyebabkan kerosakan tanaman dan tanah pertanian. Mereka juga sering menangkap dan menembak petani, penternak dan nelayan Gaza yang bekerja di kawasan berhampiran sempadan.

(PIC, Maan)

SHARE